SEMARAK cinta pelakon, Miley Cyrus, 19, masuk ke fasa lebih serius
apabila remaja popular itu selamat mengikat tali pertunangan dengan
kekasihnya, Liam Hemsworth, minggu lalu.
Miley yang gembira dengan status baharunya itu membuat kenyataan menerusi laman sosial Twitter:
"Terima kasih kepada semua. Saya begitu gembira untuk berkongsi
berita ini dan berasa seperti semua impian saya menjadi kenyataan. (Saya
berharap) semoga hari (ini) anda (turut menjadi) ceria," ungkap Miley
kepada 5.8 juta peminat di laman sosial tersebut.
Pelakon siri televisyen Hannah Montana itu menerima sebentuk cincin
18 karat bertatahkan berlian 3.5 karat oleh tunangnya sebagai tanda
memiliki hati gadis tersebut.
Pakar permata dan berlian profesional menaksirkan bahawa harga
sebenar cincin itu dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM316,847)
berpandukan warna berliannya.
Pasangan itu mula bercinta di lokasi penggambaran filem The Last Song
pada 2009. Mereka bagaimanapun mengumumkan tidak mahu tergesa-gesa
untuk mendirikan rumah tangga.
No comments:
Post a Comment