Jom Buat Duit

Sunday, 10 June 2012

Nurul, Eric pasangan sempoi

PENGANTIN baharu yang mendapat jolokan Mr. & Mrs. Depp, Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp tidak mahu sejarah lama terus dikaitkan dalam perjalanan hari esok mereka. 

IKAN di laut asam di darat, dalam belanga bertemu jua. Begitulah ibaratnya jodoh dan pertemuan sesama manusia, walaupun jauh beribu batu ketentuan Ilahi itu jelas kuasanya. Benarlah, jodoh itu rahsia yang agung.

Kisah cinta Nurul Huda Abdul Wahab, dengan suaminya, Eric Daniel Depp, juga begitu. Sebelum ini mereka pernah berkahwin dan bercerai. Namun dalam fasa dewasa, mereka akhirnya bersatu sebagai suami isteri, tetapi kali ini dengan lebih matang.

Nurul lahir dalam keluarga besar di Pulau Pinang. Anak kelapan daripada 15 adik-beradik itu mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan terdahulu dengan komposer terkenal, Ajai. Eric pula membesar di sebuah pekan kecil di Perancis. Anak tunggal kepada pasangan Roland dan Germaine itu tidak dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan terdahulu.
Perniagaan makanan kesihatan yang diceburi Eric sejak muda memaksanya merantau. Dia yang dikatakan mempunyai hubungan pertalian saudara yang jauh dengan pelakon terkenal, Johny Depp itu pernah tinggal di beberapa buah negara termasuk Malaysia sejak enam tahun lepas.

Eric pertama kali muncul di hadapan media pada majlis pernikahannya di Duchess Place, Kuala Lumpur, Rabu lalu. Dalam majlis penuh harmoni bertemakan pernikahan dalam taman yang dihadiri kira-kira 200 jemputan itu berlangsung penuh emosi. Air mata bahagia yang menitis di pipi Germaine dan Nurul jelas menunjukkan betapa syahdunya penyatuan dua jiwa itu.

NURUL dan Eric bergambar bersama keluarga besar mereka usai majlis akad nikah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Nurul sendiri menyifatkan debaran dan emosinya pada tengah hari Rabu lalu ibarat pernikahan yang pertama buatnya.
"Saya tidak menyangka ada lelaki seperti Eric yang mahu menikahi saya. Alhamdulillah, Allah menghantar Eric sebagai anugerah buat saya dan dia menerima saya seadanya. Ketika awal perhubungan, saya tidak berani berharap sehinggalah dia bawa saya bertemu kedua-dua ibu bapanya. Saya berdoa agar perhubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Eric seorang yang sempoi, begitu juga saya. Setiap kali melihat ke arahnya, saya seperti melihat diri sendiri, sememangnya bukan mudah untuk menjadi diri saya selama ini dan tidak sangka, lelaki ini hadir untuk saya," tutur Nurul bersulam rasa terharu usai majlis pernikahannya.
Bagi Eric, perbezaan budaya dan cara dibesarkan tidak menjadikan dia lelaki yang sukar untuk difahami Nurul. Begitu juga Islam yang baharu dianutinya sejak Februari lalu.
"Saya bukan seorang yang sukar. Agama pula ialah cara hidup. Dari hari ke hari, saya belajar sesuatu yang baharu. Berhenti belajar bererti kita akan mati. Saya juga tidak perlu menyakinkan ibu bapa tentang alasan saya untuk memeluk Islam. Saya sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri," jelas Eric saat ditanya tentang kehidupan baharu sebagai mualaf yang sedang dijalaninya.
Eric terpanggil untuk bercakap tentang masa lampau yang banyak kali disebut tentang Nurul bahkan Nurul sendiri pernah melalui masa lalu yang menyakitkan.

"Bagi saya yang telah berlalu tetap kisah lalu yang tidak boleh diubah sebaliknya ia menjadi satu pengalaman. Saya sendiri akan melakukan yang terbaik untuk Nurul (hari ini), apa yang akan berlaku pada kemudian hari, bukan tugas kita untuk membuat justifikasi tentang masa depan. Saya lebih kepada praktikal," kata Eric yang tidak melihat Nurul sebagai seorang isteri semata-mata bahkan lebih kepada teman sejiwa.

Selepas di Kuala Lumpur, pasangan yang mahu segera menimang anak itu bakal mengadakan satu lagi resepsi khas untuk keluarga lelaki di Bali, Indonesia pada 14 Jun nanti. Eric juga menafikan akan berhijrah ke Indonesia selepas berkahwin.
Perkahwinan kedua Nurul itu juga secara tidak langsung menyenaraikan namanya dalam senarai artis wanita tempatan yang memilih pasangan mat salih untuk berumah tangga. Nama-nama seperti, Ruhil Amani Hussein, Juliana Ibrahim, Ning Baizura, Jeslina Hashim dan Serina Ridzuan sedang membuktikan budaya atau bangsa bukanlah halangan untuk hidup bahagia.


KEBAHAGIAAN Nurul Wahab lebih bermakna dengan kehadiran Ayu

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters