Jom Buat Duit

Tuesday 5 June 2012

Aura Dude Harlino

Memiliki wajah yang tampan merupakan kelebihan buat pelakon seberang, Dude Harlino untuk terus bersaing dengan pendatang baru dalam dunia sinetron yang kini semakin diminati ramai.

Di tambah pula dengan kejayaannya  menghayati setiap watak yang diberikan menawan hati penonton sekali gus menjadi faktor utama pelakon daripada Sumatera Barat ini diburu pengarah dan penerbit di sana.

Pelakon kacak ini mula dikenali seawal 2005 dengan penampilannya dalam sebuah sinetron berjudul Di Sini Ada Hantu dan dari situlah bakatnya mula menyerlah.

Sejak itu, Dude dihujani pelbagai tawaran lakonan. Pada 2009, namanya semakin melonjak apabila lakonan bersama Nikita Willy dan Jonas Rivanno menerusi sinetron Nikita mendapat sambutan yang cukup hebat.

Terbukti, bakat dan kebolehannya dalam industri lakonan begitu istimewa sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah besar dan pengiktirafan yang membanggakan buat dirinya.

Dek populariti yang dimilikinya, Dude turut di  angkat sebagai bintang televisyen termahal sepanjang tahun 2007 hingga 2011, mengatasi pelakon yang lain.

“Apa yang saya peroleh hari ini adalah hasil usaha keras saya sepanjang bergelar pelakon. Bidang ini terlalu dekat dengan diri saya dan saya tidak akan berhenti melakukannya.

“Sebagai seorang pelakon, memiliki identiti yang tersendiri  tanpa meniru gaya lakonan pelakon lain adalah merupakan rahsia untuk seseorang pelakon terus dihargai dan diingati,” katanya.


Hilan g gelara n

PADA Mac lalu, industri hiburan Indonesia telah dimeriahkan dengan berlangsungnya Anugerah Panasonic Gobel yang memberi pengiktirafan dan penghargaan buat artis di Indonesia. Sebagai artis tersohor, Dude juga tidak terkecuali dari menerima pencalonan dalam kategori pelakon pilihan.

Bagaimanapun, Dude yang pernah mengungguli kategori itu pada tahun 2007 dan 2008, gagal mengulangi sejarah kemenangannya. “Sebelum ini dua tahun berturutturut saya telah memiliki trofi ini dan bagi tahun ini mungkin bukan  rezeki saya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka dan kemenangan itu adalah berdasarkan kualiti yang mereka ada.

“Bagi saya, tidak ada isu persaingan dalam pencalonan ini. Semua yang tercalon adalah pemenang dan  saya tidak meletakkan harapan tinggi,’ katanya.

Positif dengan keputusan itu, Dude mengatakan dirinya akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam kariernya sebagai penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan.


Mohon doa peminat

PERNAH menjalinkan hubungan  cinta bersama pelakon jelita, Asmirandah namun terkandas di tengah jalan, kini pelakon berusia 32 tahun ini dikaitkan dengan pelakon, Naysila Mirdad.

Dude bagaimanapun tidak memberi sebarang jawapan kukuh mengenai hubungan itu, tetapi meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya. “Saya dan dia sudah lama kenal dan sering digandingkan bersama dalam sinetron.

Mungkin disebabkan itu, orang ramai tersalah anggap dan mengatakan kami sedang bercinta. “Apa yang saya harapkan, peminat dapat memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik buat saya termasuklah soal jodoh kerana ia  bukanlah sesuatu perkara yang mudah,” katanya.

Ketika diajukan mengenai calon isteri, Dude berkata, dia tidak pernah meletakkan kriteria tertentu. Jelas Dude, jika sudah suka, dia tidak mahu menunggu lama.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters