Batang pokok
tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang
mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing,
Marang.
MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia
yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang
pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.
Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia
tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di
tepi rumahnya itu.
"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk
membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun
perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.
Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.
"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang
pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang
memandang sesuatu," katanya.
Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.
Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati
pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana
bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.
"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya
sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah
untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

No comments:
Post a Comment