Jom Buat Duit

Tuesday, 12 June 2012

Takeuchi rakyat Jepun pertama takluki 14 puncak tertinggi dunia

KATHMANDU: Seorang pendaki warga Jepun yang nyaris terbunuh akibat runtuhan salji pada 2007 menjadi rakyat pertama negaranya yang menakluki 14 gunung tertinggi di dunia, menyelesaikan pendakian terbarunya di Nepal, kata pihak berkuasa pergunungan, semalam.
Persatuan Pendaki Gunung Nepal berkata, Hirotaka Takeuchi menakluki Gunung Dhaulagiri yang berketinggian 8,167 meter pada 26 Mei lalu bagi menamatkan misinya selama 17 tahun. Dia hampir maut lima tahun lalu ketika mendaki Gunung Ghashabrum.
“Saya selalu ingin mendaki gunung sepanjang yang saya ingat,” katanya dalam satu wawancara di Kathmandu.

“Ia adalah impian saya sejak kecil untuk menakluki puncak gunung,” katanya.


Semua gunung 14 tertinggi itu, termasuk Everest, K2 dan Kanchenjunga terletak di banjaran Himalaya atau Karakoram di Asia. Takeuchi menjadi orang ke-30 dapat mendaki semua gunung itu dan pendaki pertama dari Jepun, kata pegawai Persatuan Pendaki Gunung Nepal, Deebash Bikram Shah.

Takeuchi berkata, dia merancang untuk kembali ke Himalaya untuk mendaki satu lagi gunung tahun depan.

“Saya akan terus mendaki selagi tubuh saya mampu berbuat demikian,” katanya. -

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)