Jom Buat Duit

Tuesday, 12 June 2012

Peminat sanggup berkhemah demi Bieber


SEJUMLAH peminat Bieber duduk di laluan kaki lima dekat Plaza Zocalo, bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Sejumlah peminat Justin Bieber tidur di kaki lima sekitar jalan di sini selama dua malam semata-mata mahu menonton konsert percuma penyanyi itu semalam.
Kebanyakan remaja lelaki dan perempuan termasuk yang berumur 10 tahun sanggup datang sejauh beratus-ratus kilometer dan berkhemah di tepi jalan berhampiran Plaza Zocalo yang menjadi lokasi konsert tersebut.

Kebanyakkan mereka ditemani oleh ibu bapa masing-masing.
Sebahagian peminat itu ponteng sekolah semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada 200,000 orang yang dianggarkan menonton konsert tersebut.
Presiden sebuah kelab peminat penyanyi itu, Frida Coss tiba pada Jumaat lalu di sini bersama ibunya, Elizabeth Noriegas yang menyokong minat anak perempuannya itu.

Coss merupakan Presiden Kelab Peminat Justin Bieber Bandar Raya Mexico.
Cabaran utama yang dihadapi para peminat penyanyi itu semasa tidur ialah lipas.
"Kami akan membunuh lipas supaya ia tidak mendekati peminat perempuan," kata Noriegas.
Seorang peminat penyanyi itu, Leslis Bio berkata, Bieber menunjukkan contoh yang baik kepada para remaja.

"Dia sihat, comel dan merupakan penyanyi yang bagus dan muziknya tidak memberi kesan negatif.
"Bieber mengajar kami untuk tidak berputus asa semasa mengejar impian kami," katanya yang memakai pakaian berwarna ungu yang merupakan kegemaran Bieber.
Peminat berusia 13 tahun itu bersama ibu dan tiga rakannya sanggup datang selepas menaiki bas selama 14 jam dari negeri Sinaloa untuk menyaksikan konsert tersebut.

Pihak berkuasa menyatakan, lebih 5,000 anggota polis mengawal konsert itu.
Seorang pegawai di bandar raya ini, Hector Antunano berkata, para peminat yang berkhemah itu akan menjadi kumpulan pertama yang dibenarkan memasuki lokasi konsert tersebut. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters