Mungkin nama Anzalna Nasir tidak begitu menyerlah berbanding rakan
seangkatannya menerusi pencarian Dewi Remaja 2010, Neelofa Mohd Noor.
Rata-rata lebih mengenali Neelofa yang diberi lebih banyak ruang dan peluang di dalam industri seni.
Mana tidaknya, Neelofa juga turut menggalas peranan penting sebagai
pengacara rancangan popular, Nona, walaupun masih baru dalam industri.
Namun, kedinginan mereka dihidu sejak Dewi Remaja lagi. Menerusi teman
terdekat, mereka dikatakan tidak mempunyai hubungan baik .
Mencipta satu lagi kontroversi yang boleh mengeruhkan keadaan, Anzalna
tampil berani mengeluarkan kenyataan terhadap pelakon utama filem Azura
ini.
Dalam temu bual sebuah akhbar, Anzalna mendakwa Neelofa tidak berpuas
hati dan pernah menghinanya menerusi laman sosial Facebook.
Anzalna turut mengatakan Neelofa turut mewujudkan akaun Facebook, Kami
Benci Anzalna dan mengugutnya sekiranya dia memenangi Dewi Remaja.
Tidak hanya berdiam diri, Neelofa menerusi Twitternya membidas kenyataan Anzalna.
"Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us
and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar
adalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for
the truth. I will do it the official way”, kata Neelofa menerusi
Twitternya.
Neelofa yang dihubungi Zass, bagaimanapun enggan beri kenyataan.
“Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi, tapi bukannya hari ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment