Jom Buat Duit

Monday 11 June 2012

Jururawat Palsu Kena jel 4 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Wanita berusia 24 tahun yang menyamar sebagai jururawat dan pegawai banci, terlibat dalam menipu perempuan tua dan mencuri barang kemas mereka, dijatuhkan hukuman penjara sehingga 54 bulan, selepas mengaku bersalah atas kesalahannya.

Mahkamah diberitahu, Suzanti Ibrahim pergi ke rumah di beberapa kampung, antaranya Kampung Sg Hanching, Sungai Besar, Mentiri, Sg Akar, Rimba, Lurong Sikuna dan Tamoi Tengah dari Mei tahun lalu hingga April lalu.

Suzanti memperkenalkan dirinya sebagai jururawat yang diberi tugas memberi rawatan kepada mangsa warga tua.

Mangsa biasanya tinggal di rumah bersendirian, menjemput defendan masuk kerana mempercayainya.


Defendan kemudian menyuruh perempuan tua mandi sebelum “rawatan” dan meninggalkan semua barang kemas mereka kepadanya.

Pada masa inilah defendan akan melarikan barang kemas itu.

Pada satu masa, defendan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai banci, memberitahu mangsa dia perlu mengambil gambar seluruh rumah dan meminta mangsa menanggalkan barang kemas mereka, kemudian melarikan diri bersama barang kemas itu. - Brunei Times

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters