Jom Buat Duit

Monday 11 June 2012

3 beradik lemas ketika berkelah bersama keluarga

MANAMA: Tiga beradik dilaporkan lemas ketika berkelah bersama keluarga mereka di Pantai Abu Fatnass kira-kira 15 kilometer dari Doha, semalam.
Ketiga-tiga beradik itu yang berusia 11, 13 dan 15 tahun dihanyutkan oleh arus deras kira-kira jam 5 petang di kawasan Wakra, di timur Qatar.

Polis melakukan operasi mencari dan menyelamat termasuk menggunakan penyelam, helikopter dan bot selepas dihubungi bapa mangsa yang melaporkan mengenai kejadian itu. Sehingga petang semalam, hanya seorang daripada mayat tiga beradik itu yang sudah ditemui.
Akhbar harian tempatan al-Raya melaporkan penduduk berkata, kawasan di mana tiga beradik itu lemas adalah kawasan berbahaya kerana dasar lautnya tidak sekata. - GN

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters