Jom Buat Duit

Monday 11 June 2012

Demi Moore makin ceria

Setelah bercerai dengan Ashton Kutcher, ternyata aktres Demi Moore mengambil masa yang agak lama untuk melupakan bekas suaminya itu. Namun, kini dia seakan-akan sudah dapat menerima hakikat terhadap penceraiannya itu.

Baru-baru ini aktres yang popular menerusi filem Ghost itu dilihat semakin ceria dan kelihatan asyik bergurau dengan beberapa orang rakannya ketika sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.
“Semua orang di meja makan itu asyik ketawa semasa mereka berbual. Malah, Moore juga dilihat lebih santai dan seperti sudah melupakan apa yang telah berlaku terhadap dirinya sebelum ini,” ujar satu sumber yang berada di restoran berkenaan.
Selain bermesra dan bergurau dengan rakan-rakannya, aktres itu juga turut melayan dengan baik para pekerja restoran serta beberapa pengunjung lain.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters