HOLLYWOOD: Seorang lelaki bogel ditangkap di jalan raya oleh polis selepas didakwa menjerit bahawa dia khayal kerana mengambil dadah, berhampiran kediaman selebriti terkenal Hollywood, semalam.
Polis dipanggil ke kawasan berhampiran rumah Orlando Bloom dan isteri, Miranda Kerr dan mendapati lelaki itu tersembam di jalan raya.
Dia kemudian melompat ke dalam semak apabila polis menghampirinya.
Polis menyarungkan sarung tangan hitam sebelum menariknya keluar dan menangkapnya.
Lelaki itu yang identitinya belum diketahui, digari dengan tangannya di belakang sebelum dibawa oleh kereta peronda itu.
Kejadian di Hollywood Hills itu juga berhampiran dengan kediaman selebriti terkenal seperti Jason Statham, Charlize Theron, Laura Dern dan Will Ferrell.
Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa yang menelefon polis atau jenis kesalahan yang menyebabkan lelaki itu ditangkap. - DM
No comments:
Post a Comment