Jom Buat Duit

Saturday 2 June 2012

Aksi panas Nadiya bersama Bront Paralae - Tak perlu jadi isu


SALAH satu babak antara Nadiya Nissa dan Bront yang hanyut dalam dunia liar mereka menerusi filem Jiwa Taiko.

NADIYATUL Nisaa’ Kamaruddin atau lebih mesra disapa Nadiya Nisa barangkali tidak mempunyai portfolio ‘panas’ dalam kariernya.

Portfolio Pelakon Wanita Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 itu bagaimanapun dilihat bakal berubah warna selepas khalayak menyaksikan lakonan mantapnya dalam filem Jiwa Taiko yang bakal ditayangkan pada 14 Jun ini.

Ini kerana, menerusi filem arahan pengarah terkenal Osman Ali dan membawakan watak seorang gadis bernama Lara, Nadiya dilihat cukup berani dan terdedah dengan banyak adegan ‘panas’ bersama aktor Bront Paralae.

Disifatkan kebanyakan media yang telah berpeluang menonton filem tersebut pada malam pratontonnya baru-baru ini sebagai satu persembahan berani daripada Nadiya, pelakon itu punya penjelasan sendiri mengenai aksi-aksi liar dan panasnya dalam filem tersebut.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters