NEW DELHI: Model Pakistan yang terperangkap dalam sesi penggambaran bogel majalah FHM semalam berikrar untuk membuktikan dia tidak bersalah kepada bapanya yang tidak lagi mengaku dia anaknya berhubung skandal itu.
Veena Malik menafikan dia bergambar bogel selepas gambar bintang Bollywood itu tersiar dalam edisi Internet majalah lelaki itu di India.
Aktres itu menegeaskan rakaman itu ‘berani tetapi tidak bogel.’ Bagaimanapun, bapanya, Malik Mohammad Aslam enggan menerimanya.
Dalam satu wawancara, Malik berkata: “Dia bukan anak saya lagi. Saya sudah memutuskan semua hubungan dengannya. Saya tidak mahu dia mewarisi apa juga harta yang saya miliki sehingga namanya dibersihkan daripada kontroversi itu dan berikrar untuk tidak melawat India lagi.” Veena kini mendedahkan bagaimana skandal gambar bogel itu memberi kesan kepada hubungan dia dan keluarganya.
Bercakap kepada majalah Alpha, Veena berikrar untuk tidak bercakap dengan bapanya sehingga dia dapat membuktikan dia tidak bersalah.
“Bapa saya enggan bercakap dengan saya menerusi telefon. Ibu saya memberitahunya, saya tidak bergambar bogel, tetapi dia enggan menerimanya.
“Kerana itu saya tidak akan bercakap dengannya sehingga saya ada bukti di tangan saya bahawa saya tidak melakukan kesalahan. “Memang benar, saya membuat rakaman yang berani tetapi ia bukan bogel,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment