Jom Buat Duit

Monday, 30 January 2012

Kim Swee: Apex bukan 'anak emas'



KHAIRUL FAHMI sentiasa berfikiran positif setiap kali diberi amanah menjaga gawang skuad negara


"APEX (Khairul Fahmi Che Mat) bukan 'anak emas' skuad Olimpik negara, sebaliknya saya akan melayan kesemua pemain sama rata, jadi tuduhan itu jelas tidak berasas."
Demikian tegas pengendali skuad bawah 21 tahun negara, Ong Kim Swee berhubung tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap Khairul Fahmi yang 'gagal dikesan' semasa latihan hari pertama skuad itu di Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu lalu.

Kim Swee berkata, pihaknya sentiasa bertolak ansur dan mendengar segala masalah yang dihadapi setiap pemainnya termasuk Khairul Fahmi, selain tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman.

"Dalam kes Apex, semua sudah sedia maklum bahawa ia hanya satu salah faham dan dia bukannya suka-suka ponteng menjalani latihan.
"Jasa Apex bersama skuad negara juga cukup besar, jadi janganlah menyangkakan dia 'anak emas' semata-mata tidak berdepan sebarang hukuman berhubung tindakannya (tidak menjalani latihan) sebelum ini," kata Kim Swee kepada Kosmo!

Sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui 'terkeliru' mengenai jadual latihan pasukan kebangsaan menjelang pertemuan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C pada 5 Februari depan.

Difahamkan, Hero Malaya itu terikat dengan komitmen bersama majikannya, Kelantan sebagai persediaan berdepan Kuala Lumpur bagi aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin. Kelantan menang 3-0 dalam pertemuan itu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, kesemua pemain yang tidak membarisi skuad Harimau Muda A termasuk Khairul Fahmi, Mohd. Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) dan Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) kembali menjalani latihan semalam sebelum berlepas ke Manama pada 1 Februari depan.

Bagaimanapun, jelasnya, kedudukan pemain-pemain terbabit masih belum terjamin sepenuhnya apabila beliau hanya akan membawa 21 pemain sahaja ke Manama, sekali gus menyaksikan sekurang-kurangnya empat pemain akan digugurkan.
"Saya mementingkan prestasi semasa pemain tidak kira sama ada mereka pemain Harimau Muda ataupun tidak.

"Justeru nama-nama pemain yang digugurkan dijangka diketahui selepas aksi persahabatan menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini (esok)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters