Jom Buat Duit

Friday, 27 January 2012

Jakarta, Bandung kecoh!



KEHADIRAN Fasha Sandha, Nabil Raja Lawak dan Black yang mengikuti percutian Jakarta & Bandung Bersama Pemenang & Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) menjadikan program yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu kecoh dan meriah.
Menariknya, Nabil yang baru tiga bulan bergelar raja sehari turut membawa isterinya, Nazirah Ayob untuk berbulan madu.

Nazirah yang cukup memahami sikap suaminya itu yang suka buat lawak turut sakit perut melihat gelagat suaminya itu yang selamba mengusik anggota rombongan termasuk pemandu pelancong bernama Pak Ali.

“Banyak jugalah yang kami beli-belah dan Nazirah siap beli kain untuk buat baju raya lagi .
“Seronok dapat bercuti dengan peminat sampai ke Bandung dan Jakarta. Biasanya saya dapat jumpa mereka ketika membuat persembahan dan tidak berpeluang berkenalan lebih rapat.

“Namun yang ini lain. Selama empat hari bersama, ada yang dah jadi kawan baik.
Perjalanan yang jauh seperti dari Lapangan Terbang Soekerno-Hatta di Jakarta ke Bandung dan dari Bandung ke Jakarta yang mengambil masa berjam-jam juga memberi banyak ruang untuk saya bergurau senda dengan mereka dalam bas.

“Memang saya tak boleh duduk diam. Kalau tak dengar suara saya, maknanya saya dah terlelap. Apa pun, saya sangat gembira menyertai percutian ini. Dapat pula melawat tempat bersejarah di sekitar Bandung seperti di Tangkuban Perahu dan Safari Park.

“Tapi masa saya dan Black nak bergambar dengan anak harimau, ia menakutkan saya kerana anak harimau itu sudah besar. Kalau disamakan dengan orang, kiranya dah usia remaja. Sekali dia buka mulut terus saya lari. Paling seronok, dapat bergambar dengan anak Orang Utan kerana sangat manja.

Pada ABPBH2011 tahun ini, Nabil tercalon bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Pun begitu, kata Nabil, kehadirannya bersama peminat di kedua-dua lokasi percutian itu bukan untuk meraih undi.

“Terpulanglah kepada peminat untuk memilih siapa yang mereka suka. Saya pun tak ada facebook dan twitter untuk menagih undi,” katanya.

Black begitu teruja kerana kali pertama ke Jakarta dan Bandung. Banyak jugalah dia ‘berhabis’ membeli cendera hati untuk keluarga dan peminat.

“Sepanjang berada di sana, saya seronok kerana rombongan di bawa ke tempat yang menjadi tarikan pelancong. Saya juga ada sediakan sedikit wang untuk membeli-belah. Rambang mata dibuatnya, asyik tukar duit Indonesia kerana ke mana pergi ada saja barang yang menarik. Saya banyak beli barang untuk mak dan ayah,” katanya yang baru tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH2011 bersaing dengan Faizal Tahir, Anuar Zain, Aizat dan Hafiz.

Fasha Sandha pula ditemani ibunya, Hatijah Tehman serta pengurusnya, Yasmin.
Fasha yang kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli, begitu ‘sporting’ melayan peminat dan mereka diberi peluang bertanya apa saja soalan kepadanya termasuk hari bahagianya itu.
“Percutian ini adalah bersama peminat. Oleh itu, saya mahu mereka gembira dan selesa dengan saya. Jadi saya sedia menjawab apa saja soalan mereka. Kerana peminat juga saya terus berada dalam industri ini,” katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters