Jom Buat Duit

Thursday, 26 January 2012

Boleh cemar imej Nabi

CABUT...sebahagian risalah  kempen diambil untuk siasatan.
CABUT...sebahagian risalah kempen diambil untuk siasatanPERIKSA...anggota penguat kuasa memeriksa tayangan slaid  dalam komputer riba yang dirampas, semalam.
PERIKSA...anggota penguat kuasa memeriksa tayangan slaid dalam komputer riba yang dirampas, semalam.

IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ di sebuah banglo mewah di sini, semalam.
Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.
KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaa
n.“Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters