Jom Buat Duit

Thursday, 26 January 2012

Sejam peluk mayat kekasih

PUJUK...anggota polis memujuk lelaki yang meniarap di sisi mayat teman wanitanya.
PUJUK...anggota polis memujuk lelaki yang meniarap di sisi mayat teman wanitanyaTRAGIS...teman lelaki mangsa bersandar di dinding berhampiran mayat kekasihnya.
TRAGIS...teman lelaki mangsa bersandar di dinding berhampiran mayat kekasihnya.

GEORGETOWN: Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu Uban, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas terjun dari tingkat 17 flat berkenaan.
Lelaki terbabit dilihat meniarap di sisi mayat teman wanitanya sambil memeluknya, tetapi langsung tidak bersuara dan hanya sesekali kelihatan menangis.

Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak
Lelaki itu langsung tidak mempedulikan orang ramai yang mengerumuninya dan dia terus memeluk erat mayat teman wanitanya sebelum penduduk menghubungi ambulans.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters