Jom Buat Duit

Monday, 30 January 2012

Miranda jadi Wonder Woman


WIRAWATI...Miranda  bergaya sebagai Wonder Woman untuk edisi khas majalah Grazia Australia.
WIRAWATI...Miranda bergaya sebagai Wonder Woman untuk edisi khas majalah Grazia Australia.

DIA dianggap sebagai ikon di kalangan masyarakat Australia dan layak menjadi wirawati kerana dapat menguruskan karier yang sibuk dan perkahwinan yang bahagia serta tanggungjawab sebagai ibu.
Jadi, memang sesuai Miranda Kerr berubah menjadi Wonder Woman kerana dia berhak diberikan gelara
n itu. Supermodel itu berubah menjadi wirawati untuk sesi fotografi bagi edisi khas majalah Grazia Australia untuk meraikan Hari Australia Khamis ini.

Wanita berusia 28 tahun itu kelihatan sensasi dengan pakaian Wonder Woman daripada gaya catwalk berubah kepada wajah wira tradisi.Kakinya yang panjang nampak hebat dalam pakaian sendat hasil rekaan pereka fesyen Australia, Alex Perry yang direka khas untuk Miranda.

Miranda memadankan pakaian sendat itu dengan cekak kepala keemasan dengan motif bintang merah sama seperti watak wirawati komik DC.

Daripada memakai but merah, Miranda memilih kasut tumit tinggi biru yang lebih menyerlahkan kakinya yang panjang.

Dengan semangat patriotik, dia turut memegang bendera Australia.

Model Victoria Secret itu dibantu pengarah fesyen majalah berkenaan, Thelma McQuillan yang gembira kerana mengetepikan batasan tertentu untuk sesi fotografi itu.

“Kami mewakili majalah fesyen dan ini adalah seni. Kami mengambil risiko kerana Wonder Woman adalah ikon dunia yang terkenal dan bukan semua orang boleh dijadikan tema untuk sambutan seumpama ini.

“Namun Miranda adalah ikon Australia. Dia adalah bintang yang dari semasa ke semasa disanjung pembaca kami daripada ahli perniagaan, isteri dan ibu. Dia adalah Wonder Woman.”

Thelma berkata Miranda tidak tahu apa yang akan dipakainya untu sesi fotografi itu hingga hari berkenaan tiba.

“Saya teruja dan tidak memberitahu Miranda mengenai pakaian itu, jadi saya tidak pasti apa yang akan dia difikirkan mengenainya.

“Tetapi dia melihat pakaian itu dan kemudian tersenyum lebar. Ia sesi fotografi yang paling saya sukai,” katanya.

Terdapat juga video di sebalik sesi fotografi itu, di mana Miranda bercakap mengenai pereka fesyen Australia dan berbicara tentang zaman kanak-kanaknya ketika meraikan tradisi Hari Australia termasuk membina rakit dan mengha�nyutkan ia di sungai.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters