SEREMBAN: “Sejurus van itu terbalik, semua ahli keluarga termasuk
saya menyahut apabila nama kami dipanggil kecuali arwah yang kemudian
disedari sudah tidak bernyawa lagi,” kata mangsa yang juga saksi
kejadian kemalangan, Suhana Sofia Omar, 27.
Ketika kejadian jam 6.45 pagi, semalam mereka dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas di Langkawi.
Sebaik tiba di Kilometer 254.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah
selatan, Senawang, tiba-tiba van yang dinaiki terbabas menyebabkan
seorang kanak-kanak, Danish Abdul Latif, 6, tercampak keluar sebelum
dihempap van itu.
Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan itu turut menyebabkan ibu mangsa, Zurina Omar, 36, yang
mengandung dan bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, enam ahli keluarga
lain termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan 10 tahun
tercedera. Suhana berkata, mereka sekeluarga bercuti di Langkawi
selama beberapa hari terlebih dulu pergi ke Pulang Pinang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya nyenyak tidur terkejut
apabila mendapati van dinaiki berpusing dan terbalik. Saya kemudian
berasa pelik apabila arwah tidak menyahut,” katanya.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
No comments:
Post a Comment