ALOR GAJAH: Hanya kerana hutang RM10, enam sahabat menjadi mangsa
amukan sekumpulan 20 remaja bermotosikal bersenjatakan parang, pedang
samurai, cota dan kayu di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, di sini,
awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, enam sahabat terbabit
yang berusia antara 18 dan 25 tahun sedang duduk di luar pagar rumah
apabila tiba-tiba didatangi kumpulan remaja lelaki berkenaan yang tidak
berpuas hati dan mencari seorang rakan mereka yang dikatakan berhutang.
Kumpulan remaja yang bersenjatakan parang, pedang samurai, cota
serta kayu tanpa berkata apa-apa terus menyerbu ke arah mereka yang
bertempiaran lari masuk ke halaman rumah dan cuba menutup pagar.
Bagaimanapun, kumpulan remaja itu terus menghayun senjata ke arah semua mangsa.
Seorang mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Ridzuan Md Isa, 25,
berkata, kumpulan remaja terbabit datang ke rumahnya secara berkumpulan
dengan menunggang pelbagai jenis motosikal dan sebuah kereta Perodua
Kenari.
No comments:
Post a Comment