Jom Buat Duit

Saturday, 21 January 2012

Adik ipar Giggs takut dibunuh suami kerana curang

LONDON: Sambil menayangkan gaya rambut terbarunya, Natasha Giggs mendedahkan dia takut dibunuh suaminya, selepas hubungan sulit dengan abang iparnya, Ryan Giggs, 38, terdedah.
Menurut Natasha, dia takut bersemuka dengan suaminya, Rhodri, untuk mengaku curang dengan Ryan.

Justeru, kata Natasha, 29, dia melarikan diri ke luar negara dan memilih untuk membuat pengakuan melalui surat kepada Rhodri.
Surat itu disampaikan adiknya kepada Rhodri.

Kini menyertai siri realiti televisyen Celebrity Big Brother, Natasha berkata, hubungannya dengan Rhodri sangat tegang.

“Saya tak tahu bagaimana reaksinya jika saya berdepan untuk mengaku menjalin hubungan sulit dengan Ryan sebelum ini,” katanya ditemubual dalam rancangan This Morning, semalam.

Natasha mengaku meniduri bintang kelab Manchester United itu hanya dua bulan sebelum berkahwin dengan Rhodri, 34.

Bagaimanapun, Natasha mendakwa, dia tidak tidur dengan Rhodri selama tiga tahun.
Natasha dan Rhodri - kini bekerja sebagai pemandu van - cuba memulihkan hubungan itu semula demi masa depan anak lelaki mereka yang berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu daripada Rhodri, Natasha juga memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun. - TS

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters