Jom Buat Duit

Saturday, 28 January 2012

Ugutan bunuh Shinta Bachir berakhir



JAKARTA: Kes ancaman bunuh bekas pegawai tinggi polis Metro Jaya terhadap Shinta Bachir telah berakhir.
Jeneral itu sudah meminta maaf kepada Shinta dan dia berjanji tidak akan mengugut artis berkenaan lagi. Shinta juga tidak akan memanjangkan perkara itu hingga ke pihak polis.

Dua perkara itu dipersetujui antara Shinta dan jeneral berkenaan. Bagaimanapun, terdapat khabar angin mengatakan jeneral itu memberikan sejumlah wang sebagai pampasan kepada Shinta.
“Hanya dua perkara itu yang dipersetujui antara dia dan Shinta. Dia berjanji tidak akan mengancam Shinta lagi dan juga sudah meminta maaf. Jika soal wang, anda perlu bertanya sendiri kepada Shinta,” kata peguam Shinta, Achmad Rifai kepada Detikhot, semalam. Khabar angin mengatakan adanya bayaran pampasan itu mempunyai alasan. Sebelumnya, Shinta bersungguh-sungguh ingin melaporkan ancaman diterimanya itu kepada polis. Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa hari perkara itu sudah selesai dan Shinta juga membatalkan niatnya untuk membawa hal itu ke pengadilan. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters