Lina
Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5
tahun 7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada
usia lima tahun kerana perutnya semakin membesar. Dia awalnya dianggap
memiliki tumor, tetapi para doktor mengesahkan dia hamil tujuh bulan. Dr
Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, untuk rawatan lanjut. Satu
bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan seorang anak
lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil.
Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh
Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo
Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale.
No comments:
Post a Comment