KINI setiap Khamis, Jaafar Onn menjadikan pejabatnya yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, sebagai medan pertemuan dengan kawan lama, rakan artis dan wartawan untuk mengeratkan silaturrahim. Yang mana pernah terasa hati de�ngannya, Jaafar mahu mereka ‘buang yang keruh dan ambil yang jernih’.
Jaafar menamakan malam itu sebagai Malam Menjamu Selera Bersama Jaafar Onn.
Katanya, tiada guna bermasam muka kerana kita tidak tahu berapa lama jangka masa yang ada untuk bersama kawan-kawan.
“Saya sanggup keluarkan perbelanjaan untuk meng�adakan jamuan makan ini demi mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan. Jangan bimbang saya tidak mengenakan sebarang bayaran. Saya sudah cukup gembira apabila kita semua dapat berkumpul.
“Untuk jamuan yang kali pertama diadakan pada Khamis lalu, saya menjemput bekas penari Maya Studio. Masing-masing sudah berubah wajah dan bentuk tubuh, anak-anak mereka pun sudah besar.
Pada pertemuan itu juga Jaafar mengambil pendekatan �mengajak mereka yang hadir untuk berniaga.
“Kalau tidak berminat, saya tak paksa. Tetapi apa yang saya buat ini untuk membantu kawan-kawan menambah pendapatan. Nilai wang sekarang semakin kecil.
Selain kita berbelanja besar untuk makanan, kita juga terpaksa keluarkan kos yang tinggi untuk bil elektrik dan minyak petrol.
“Oleh itu, saya perkenalkan perniagaan I-Charge dan I-Power keluaran syarikat MXB untuk penjimatan petrol sebanyak 40 peratus. Hanya perlu keluarkan modal yang kecil untuk selama 10 tahun. Tetapi apabila saya ajak berniaga, ada yang pandang negatif. Terpulanglah kepada pendapat dan pendirian masing-masing,” katanya.
“Kepada mereka yang ingin perkenalkan perniagaan lain pun, saya alu-alukan datang ke pejabat saya. Kita tolong menolong dalam mencari rezeki,” katanya.
Ketika ini juga, Jaafar sibuk merangka program Bintang 2012 bersama Syarikat Bumi Green. Syarikat itu akan menerbitkan drama yang skripnya Jaafar tulis sendiri.
“Rancangan masakan saya yang berjudul Air Tangan Sri Kandi (13 episod) sudah siap. Dalam rancangan itu, saya memasak bersama isteri menteri dan kini dalam proses menghasilkan rancangan Transit Komuniti dengan kerjasama Felda.
Rancangan itu menjemput Ahli Parlimen menjenguk ke Felda yang terletak di kawasan masing-masing,” katanya.
Jaafar juga sedang �menyiapkan rancangan Rewang Pengantin. Semua rancangan masakan itu untuk siaran di TV1. Tahun ini juga Jaafar ingin aktif berlakon kembali. Dua filem terbaru lakonannya, yang bakal ditayangkan di panggung, Azura 2012 dan Jangan Pandang-Pandang.
Di samping itu, Jaafar adalah duta Hailam Kopitiam, peralatan masakan jenama Home Care dan duta beras Jasmine untuk tahun kesembilan serta duta untuk penjagaan wajah, sabun jongkong emas, Zmasha (24K Pure Gold Beauty Bar). Zmasha turut mempromosikan produk susu awal lembu keluaran Jaafar sendiri.
No comments:
Post a Comment