PARIS: Peminat Michael Jackson di Perancis mengambil tindakan
undang-undang dengan menyaman bekas doktor bintang pop itu kerana
‘kerosakan emosi’ yang mereka alami selepas kematiannya.
Kes terhadap Conrad Murray itu yang dipenjara November lalu berhubung
kematian Michael pada 2009, dijadual dibicarakan di Orleans pada 11
April, kata peguam peminat berkenaan, Emmanuel Ludot.
“Ia
adalah sama dengan kehilangan seorang rakan zaman kanak-kanak dalam satu
kemalangan jalan raya. Kerana kematian itu, ia menjejaskan anda. Anda
mempunyai kemungkinan untuk memfailkan saman dan mendapatkan pampasan,”
kata Ludot.
Peguam berkenaan mewakili kira-kira 100 peminat yang menjadi anggota
persatuan yang menggelar diri mereka ‘Komuniti Michael Jackson.’ Ludot
berkata, meskipun setiap peminat itu mungkin diberikan pampasan sehingga
RM39,000, mereka hanya ingin mendapatkan satu euro simbolik.
Jackson
yang berusia 50 tahun ketika mati, membayar Murray gaji berjumlah
RM450,000 sebulan untuk menjaganya ketika dia menjalani latihan untuk
siri konsert ‘This is It’ di London. - Agensi
No comments:
Post a Comment