GOMBAK: “Amir baru seminggu datang dari Indonesia untuk melawat
abangnya dan tinggal di dalam surau di kedai perabot saya. Namun dia
gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran awal pagi semalam
selepas terperangkap,” kata Hermanto, 26, pemilik kedai yang musnah
dalam kebakaran di Taman Industri Bolton, Gombak, dekat sini, pagi
semalam.
Dia berkata, Amir yang berusia 20-an, menumpang sementara di surau itu namun tidak menyangka dia rentung dalam kebakaran itu.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian ini selepas dihubungi pekerja yang menyedari kebakaran itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, tujuh kedai terbakar
malah dua kereta dan empat motosikal yang diletakkan berhampiran turut
musnah dalam kebakaran i
No comments:
Post a Comment