Pelakon
Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan
menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi
sakit. Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu
berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang
sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak
Mahu.
Tambah
Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu
terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya. Dia tidak
menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak
pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain. Bagaimanapun, ibu
tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit
misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan
tradisional itu.sumber
No comments:
Post a Comment