KUALA LUMPUR: Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya
bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas
isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian
berhampiran Taman Melawati di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, 30, bertemu madunya
berseorangan di tepi jalan kawasan berkenaan manakala suami mereka
menunggu di dalam kereta.
Bagaimanapun, pertemuan dengan tujuan berdamai itu bertukar ‘medan
perang’ apabila mangsa ditumbuk madunya berusia 40-an yang naik angin.
Menurut sumber polis, mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan
selepas mukanya bengkak dan berdarah akibat tumbukan kuat.
Katanya,
mangsa yang berkahwin dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu bersetuju
bertemu madunya buat pertama kali kerana mahu berbaik dengan wanita itu
selain mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.
No comments:
Post a Comment