Jom Buat Duit
Thursday, 23 February 2012
Seluar jeans komputer riba
AMSTERDAM: Sekiranya anda tidak mampu meluangkan masa lebih daripada beberapa detik menjauhi komputer anda, maka ciptaan baru mungkin untuk anda.
Sepasang pereka Belanda menghasilkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada istilah “komputer riba”. Jeans itu dikenali sebagai “Si Cantik dan Gek” datang dengan fungsi keseluruhan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara yang digabungkan di bahagian atas fabrik adalah idea syarikat pereka Nieuwe Heren, yang diuruskan Erik de Nijs dan Tim Smit. Pasangan itu menghasilkan seluar panjang berkenaan dengan tangan dan direka bagi memudahkan penggunanya bergerak ketika masih berurusan dengan komputer. “Ia tidak berat,” kata de Nijs kepada WebProNews. “Dengan papan kekunci yang fleksibel, pembesar suara kecil dan tetikus kecil, ia hanya berat sedikit berbanding jeans biasa anda,” katanya. “Idea ini direka supaya anda boleh menggunakan komputer tanpa perlu duduk di persekitaran tertutup di sebalik meja anda,” katanya. Jeans itu menampilkan gaya moden dan mempunyai kocek belakang yang direka khas untuk memuatkan tetikus yang menggunakan wayar elastik supaya ia melekat. Ia dapat berhubung dengan komputer riba melalui teknologi tanpa wayar di dalam peralatan USB dan dijangka berada di pasaran pada harga 250 pound (RM1,250) - jika ia berjaya menembusi pasaran.
“Seluruh projek ini cukup rumit dan kami tidak mempunyai cukup wang saat ini untuk mengedarkan ia ke pasaran,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment