Tasha Shilla
GOSIP liar dan kontroversi memang tidak pernah sunyi dalam hidup pelakon meningkat naik, Tasha Shilla. Lepas satu, satu ia datang mengganggu emosi sekali gus menguji ketabahannya sebagai artis baru di persada hiburan tanah air.
Selepas reda gosip dirinya disimpan ‘sugar daddy’, menjalin hubungan lesbian, sombong, berlagak serta pilih bulu, Tasha dikaitkan dengan cerita panas lagi iaitu menari ghairah ala ‘pole dancing’ ketika meraikan sambutan hari jadinya yang ke-25 di sebuah kelab hiburan terkenal, baru-baru ini.
Gosip itu disebarkan oleh sebuah blog hiburan. Menurut gosip itu lagi, Tasha dikatakan baru pulang dari Perth, Australia untuk menyambut hari lahirnya di kelab hiburan berkenaan.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Natasha Sheila Abd Razak yang dikenali dalam drama bersiri Sahara, Gemilang dan Bunga April ini, dia melihat kontroversi yang datang sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya sebagai artis.
“Sebelum ini, rekod saya memang bersih daripada kontroversi sedemikian.
“Sebenarnya, saya baru selesai penggambaran dan ke kelab itu dengan ditemani rakan untuk menyambut hari jadi di situ. Bila keluar cerita itu, kawan saya pun bertanya, saya menari di tiang yang mana satu kerana mereka tak nampak pun saya menari ghairah seperti digosip�kan itu,” katanya.
Apapun, kata anak jati Kuala Lumpur yang sudah dua tahun berlakon, dia tetap akan berkunjung ke kelab selepas ini.
“Sebelum ini, saya memang pernah ke kelab kerana ada acara di sana. Ada juga gosip tersebar yang mengatakan saya minum arak di kelab lain juga.
“Walaupun gosip itu tersebar, saya masih pergi kelab bersama kawan tapi akan lebih berhati-hati selepas ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan gosip liar lagi,” katanya.
Bagaimanapun, akui Tasha, dia tidak mahu komen lebih lanjut cerita kontroversi itu lagi.
“Saya tidak mahu orang kata saya cuba tegakkan benang yang basah pula.
Saya juga dapat komen daripada kelab peminat yang mengikuti cerita itu dan tidak mahu memanjangkannya lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku itu.
“Peminat juga memberi kekuatan dan sokongan padu pada saya untuk berdepan dengan semua ini. Saya percaya bukan semua orang suka pada kita dan saya pula hanya buat yang terbaik untuk diri,” katanya.
Ditanya sama ada dia tidak kisah dilabel ratu kontroversi sebaris dengan barisan artis sedia ada, Tasha yang anggun dengan rekaan pereka Riffai petang itu, menganggap dirinya masih sama seperti dulu.
“Sedikit seba�nyak, kontroversi yang melanda menjejaskan nama baik saya sebagai artis. Saya percaya, nama kita boleh naik atau jatuh kerana cerita kontroversi.
“Mula-mula baca gosip itu, saya berasa ‘sakit’ juga. Tapi, saya tidak mahu terlampau fikirkan sangat. Saya perlu melihatnya dari sudut yang positif,” katanya.
Tasha tidak anggap diri popular
SEPANJANG dua tahun terbabit dalam bidang seni, Tasha yang diperkenalkan melalui filem Ratu The Movie arahan A Razak Mohaideen, nampaknya sudah mampu tersenyum kerana bakatnya mula meraih perhatian peminat di luar sana.
Semuanya kerana namanya tersenarai dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2011 bersaing dengan Neelofa, Izara Aishah, Najwa Latif dan Nur Fathia.
Lebih-lebih lagi ia pencalonan pertamanya dalam ABPBH sepanjang berkecimpung dalam bidang seni.
“Saya juga tidak berasa diri sudah popular bila tersenarai dalam kategori itu. Saya juga bersyukur tercalon dalam Top 5 ABPBH 2011, sekurang-kurangnya orang sudah kenal saya bila berada dalam kelompok popular.
“Calon yang beri saingan paling sengit pada saya dalam kategori itu ialah Neelofa yang meniti populariti mendadak ketika ini,” katanya.
Tasha berkata demikian ketika ditemui di majlis Red Couture Rafflesia sempena meraikan ABPBH 2011 di Rafflesia The Pearl Centre, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dari segi peluang untuk menang dalam kategori itu pula, kata Tasha, dia juga merancang strategi ‘gerak gempur’ dengan kelab peminatnya yang kini mencecah seramai 40,000 orang.
“Gerak gempur saya masih dijalankan. Mereka ‘tweet’ hari-hari dalam twitter untuk undi saya. Sekarang ini mereka buat Twitter Tasha Shilla’s team dan peminat banyak beri maklum balas untuk undi. Baju Tasha Shilla’s Team akan dikeluarkan tidak lama lagi.
“Setakat ini kertas undi Tasha Shilla’s team sudah mencecah 10,000 dan mereka akan kumpulkan lagi untuk kawasan Lembah Klang,” katanya.
Terus terang kata Tasha, dia juga tidak rimas bila dikelilingi peminat yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
“Saya masih ingat lagi, ketika terbabit dengan penggambaran drama di Kajang tidak lama dulu, ada peminat yang takut untuk menghampiri saya. Selepas saya mendekatinya, barulah peminat itu mula berani dan berbual mesra dengan saya,” katanya.
Antara lakonan terbaru Tasha ialah drama Atas Nama Cinta dan telefilem Landasan Cinta terbitan Zeel Productions. Tidak ketinggalan, penampilan khasnya dalam cerita seram Santau Merasuk yang diterajui Yana Samsud�din yang disiarkan di TV3.
Trivia Tasha Shilla
No comments:
Post a Comment