Jom Buat Duit
Tuesday, 28 February 2012
Femmy dah janda
JAKARTA: Artis rasmi bercerai dengan suaminya, Samudera Djaya, semalam. Femmy secara sah menjadi janda selepas menghadiri perbincangan beberapa kali di Pengadilan Agama Jakarta Utara.
Khabar angin mengenai orang ketiga mulai tersebar sejajar dengan perceraian itu. Bagaimanapun, bintang ‘Cinta Cenat Cenut’ itu menafikan kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya. Femmy berkata, tiada persefahaman lagi menjadi penyebab dia berpisah dengan bapa kepada tiga anaknya itu. “Sama sekali tiada kena-mengena dengan orang ketiga kerana antara kami sudah tiada persefahaman lagi,” katanya.
Ketika diminta penjelasan lanjut mengenai hal itu, Femmy enggan memberikan komen.
“Puncanya kerana tiadapersafahaman lagi dan saya tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenainya. Kasihan dengan anak-anak,” katanya. Selama ini, rumah tangga Femmy dan Samudera tidak dilanda khabar yang negatif. Pasangan itu bercerai selepas 13 tahun hidup bersama. Bagaimanapun, peguam Femmy, Sugianto memberikan alasan yang berbeza. Menurutnya, Femmy diceraikan kerana suaminya tidak mahu tiga anak mereka terabai akibat kesibukan ibunya sebagai artis. Samudera dikatakan meminta Femmy mengundurkan diri daripada kerjayanya sebagai artis supaya anak mereka mendapat sepenuh perhatian. - DH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment