KABUL: Beribu-ribu penunjuk perasaan semalam berarak ke istana
Presiden Hamid Karzai di Kabul, hari keempat bantahan yang berpunca
daripada isu pembakaran kitab suci al-Quran di sebuah pangkalalan Nato
di sini.
Sehubungan itu, polis antirusuhan dan tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Seorang penunjuk perasaan dilapor cedera akibat tembakan polis.
Polis melepaskan tembakan ke udara dalam usaha untuk menyuraikan
penunjuk perasaan yang melontar batu dan melaungkan slogan ‘Jahanam
Amerika,’ dan ‘Hidup Islam,’ selepas mereka menunaikan solat Jumaat.
Tunjuk perasaan juga berlaku di Jalalabad dan wilayah Ghazni.
Presiden
Barack Obama sebelum ini menghantar surat memohon maaf kepada Hamid
berhubung pembakaran al-Quran yang didakwanya dilakukan secara tidak
sengaja di Pangkalan Tentera Udara Bagram. Perbuatan itu terbongkar
apabila pekerja warga tempatan menemui cebisan kitab suci itu yang sudah
terbakar. - AP
No comments:
Post a Comment