JAKARTA: Anang Hermansyah akhirnya secara rasmi telah melamar Ashanty.
Lamaran itu dibuat di Hotel Shangri La, Jakarta semalam, di mana dia menyanyikan lagu “Jodohku.”
“Jodohku, Aku mahukan dirimu. Hingga mati, aku ingin bersamamu. Ini ikrarku,” nyanyi Anang.
Anak perempuan Anang, Aurel, turut bersama ketika Anang melamar Ashanty.
Dia terus bertanya di hadapan keluarga dan tetamu yang diundang, “Bonda mahu jadi isteri ayah?”
Tanpa berlengah, seorang daripada wakil keluarga Ashanty itu terus menerima lamaran daripada duda anak dua itu.
Sebaik saja mendengar penerimaan Ashanty, Anang terus memeluk ibunya dengan rasa lega.
Aurel pun terus mengeluarkan sebuah kotak berisi sepasang cincin.
Ibu Anang segera menyarungkan cincin itu di jari manis kedua -dua pasangan itu.
Kini, Anang dan Ashanty secara rasminya sudah diikat dengan tali pertunangan. - Inilah.com
No comments:
Post a Comment