SYDNEY: Tentera Australia dikejutkan dengan pendedahan banyak
skandal seks, termasuk dakwaan mencabul, porno kanak-kanak, rogol dan
dadah di kalangan anggotanya.
Dokumen yang diperoleh Channel Seven News berdasarkan Akta
Kebebasan Maklumat mendedahkan apa yang disifatkan sebagai ‘pelanggaran
disiplin yang berterusan, sering kali membabitkan kes yang besar dalam
pasukan tentera Australia.’ Menurutnya, lebih 100 kejadian dilaporkan
tahun lalu, daripada kemalangan membabitkan senjata kepada serangan
seksual, khususnya di kalangan tentera laut, tempat dakwaan salah laku
di atas empat kapal perang disiasat.
Antaranya, dakwaan serangan seks di atas kapal HMAS Newcastle dan HMAS Diamantina, yang sudah diserahkan kepada pihak polis.
Dokumen itu, yang dirujuk sebagai ‘Ringkasan Isu Panas,’ berkata,
seorang pegawai kanan kapal HMAS Success dilaporkan kepada polis kerana
merakam kegiatan seksnya dengan kelasi bawahan.
Tujuh bulan
sebelum itu, seorang kelasi wanita di atas kapal sama mendakwa dicabul
ketika kapal itu singgah di Singapura oleh rakan kelasinya. - AFP
No comments:
Post a Comment