Jom Buat Duit

Friday, 13 January 2012

Askar Amerika kencing mayat



KABUL: Kumpulan Taliban semalam mengecam dan menyifatkan sebagai ‘tidak bertamadun’ rakaman video yang menunjukkan sekumpulan tentera Amerika Syarikat kencing ke atas beberapa mayat pejuang kumpulan itu.
Sementara itu, tentera Amerika melancarkan siasatan terhadap rakaman itu yang menunjukkan empat anggotanya kencing ke atas tiga mayat.

Anggota tentera Amerika itu kelihatan sedar perbuatan biadap mereka itu dirakam.
“Ini satu lagi tindakan tidak bertamadun oleh tentera asing.

‘Sepanjang 10 tahun lalu, terdapat beratus-ratus kes serupa tetapi ia tidak didedahkan,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed.
“Kami mengecam perbuatan itu,” katanya menerusi telefon dari lokasi yang tidak diketahui.
Menurutnya, kenyataan lebih terperinci akan dikeluarkan kumpulan itu tidak lama lagi. Jika sahih, imej berkenaan akan mengingatkan kembali salah laku tentera Amerika sebelum ini dan boleh mencetuskan kemarahan di Afghanistan dan negara Islam yang lain.

Video itu disiarkan oleh stesen televisyen Afghanistan, Tolo News. Pentagon masih belum mengesahkan rakaman itu tetapi jurucakapnya, John Kirby memberitahu AFP: “Tidak kira apa juga keadaan atau siapa di dalam video itu, perbuatan berkenaan adalah melampau, menjijikkan dan tidak boleh diterima oleh mereka dalam pasukan tentera. Ia memualkan saya,” katanya menerusi laman web Live Leak.
Seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata, topi dan senjata pada seorang daripada empat tentera itu menunjukkan mereka mungkin anggota pasukan penembak tepat.

Pegawai itu juga berkata, perbuatan itu boleh dihukum menurut tata laku keadilan tentera Amerika Syarikat.

Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) yang berpejabat di Washington, turut mengecam perbuatan tentera terbabit.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters