Jom Buat Duit

Wednesday, 4 January 2012

Hilal Azman - ‘Comeback’ Hilal menjadi



BIARPUN kemunculannya hanya untuk beberapa episod, Hilal Azman berjaya membuktikan kehebatan lakonannya menerusi drama siri Soffiya yang mendapat rating tinggi di TV3 sebelum ini. Peranannya sebagai seorang bapa yang bersikap haruan makan anak dan berselindung di sebalik jawatannya yang bagus membuatkan pelakon berusia 51 tahun ini jadi kebencian peminat.
Ternyata, kemunculan semula–nya dalam dunia lakonan selepas 11 tahun berehat membuahkan sesuatu yang positif di kalangan penggiat seni tempatan. Ini terbukti apabila sepanjang tahun lalu dia sudah membintangi 12 drama menjadikan dirinya sibuk di lokasi. Selain Soffiya, drama lakonan ialah Adul Mencari Cinta, Kekasihku Seru, Nilapura, Kabus, Ceplos dan banyak lagi.

“Saya kembali berlakon kerana tak mahu bazirkan bakat yang Allah anugerahkan, sejak dulu. Jika saya tak gunakannya untuk beri manfaat kepada masyarakat pun tak bagus juga. Apabila syarikat produksi tahu saya kembali aktif, saya digandingkan dengan pelakon yang ada nama seperti Tiz. Dalam drama ini saya kena bersikap kejam terhadapnya.

“Sebenarnya saya pernah bergurau menerusi program Melodi, mana-mana pengarah nak ambil saya berlakon, mesti berikan peranan jahat. Apabila dapat watak ini saya terima kerana berdasarkan pengalaman saya, apabila buat ‘comeback’ kalau ambil watak biasa-biasa kesannya memang tak ada sangat. Memang saya tak suka watak begini, tapi saya kena buat sesuatu untuk buka mata penonton,” katanya.


Tambahnya, tawaran berlakon diperoleh ketika menjelangnya Aidilfitri lalu. Dia merujuk kepada isterinya dan diberikan kebenaran untuknya berlakon dengan alasan ini sudah rezeki. Namun, baginya tawaran ini bagaikan petanda dia akan aktif kembali memeriahkan dunia lakon tempatan.

“Dulu saya berehat kerana nak tumpukan pada bisnes. Sekarang saya dah stabil dan melihat banyak perkara bermanfaat boleh diterapkan dalam lakonan. Kandungan drama hari ini amat perlukan cerita yang perlu bantu bangunkan negara. Istilah cinta tak dibuka kepada semua dan hanya berkisarkan pada cinta uda dan dara sedangkan ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk.

“Saya teringin nak cuba bina mereka dalam cinta yang patriotik kepada negara kerana kita perlukan tema begini. Bercakap perkara ini, besar harapan saya nak lihat kemunculan kembali pelakon hebat Ahmad Yatim. Saya akan cuba buat satu skrip yang sesuai untuk dia kembali berlakon. Tanpa orang seperti Ahmad Yatim, saya tak tahu apa akan jadi pada industri lakonan kita.

“Boleh buat cerita hantu, tapi jangan dihantukan ceritanya untuk tarik penonton. Ada baiknya kita buat ikut landasan dan iktikad agama. Contohi Tamar Jalis kerana walaupun bukunya menarik tapi ada unsur pengajaran. Kalau sekadar buat cerita hantu bertujuan menakutkan, ia memang tak sesuai. Lambakan cerita hantu dan gangster hanya bermusim dan percayalah suatu hari akan reda juga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters