Jom Buat Duit

Monday 11 June 2012

Pesona Bintang Sinetron Christian Sugiono


Kelahiran bintang-bintang sinetron di Indonesia ternyata tidak menenggelamkan persona yang dimiliki pelakon berdarah kacukan, Christian Sugiono.

Selain memiliki rupa paras yang menjadi kegilaan peminatnya, pelakon berdarah campuran Jerman dan Jawa ini turut mempunyai bakat lakonan yang baik sejak awal penglibatannya dalam industri ini.

Maka, tidak hairanlah jika dirinya sering diberi kepercayaan oleh pengarah dan penerbit tempatan untuk membintangi fi lem dan sinetron selain tawaran menjadi model untuk beberapa iklan di seberang.

Bermula dengan melibatkan diri dalam lakonan fi lem seperti Catatan Akhir Sekolah, Cinta Silver, Jomblo sekitar tahun 2005, akhirnya dia turut diberi tawaran membintangi beberapa buah drama sinetron.

"Syukur, orang ramai dapat menerima bakat dan kebolehan saya dalam bidang lakonan ini. Selain dalam bidang lakonan, saya juga agak aktif dengan bidang peragaan.

"Oleh kerana terlalu minat dan menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan oleh peminat, saya mahu lakukan karier ini dengan lebih baik supaya tidak mengecewakan mereka," katanya.

Pada 2007, buat pertama kalinya pelakon yang lebih mesra dipanggil Tian ini menjalinkan kerjasama dengan produksi dari Malaysia dengan membintangi fi lem Tipu Sana Tipu Sini.

"Itu adalah antara kejayaan saya mengembangkan bakat lakonan ke luar negara. Saya gembira kerana diberi peluang seperti itu.

"Bagaimanapun, saya akui masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam bidang ini untuk saya terus kekal dan diiktiraf dalam industri ini," katanya.


Buka restoran Jepun

WALAUPUN sering sibuk dengan karier sebagai seorang pelakon, Tian masih mempunyai minat dan hasrat untuk melibatkan diri dalam perniagaan makanan.

Seakan mengikut jejak langkah isterinya, Titi Kamal yang mempunyai perniagaan katering, Tian juga memilih untuk membuka restoran ala Jepun yang diberi nama Sushi Miya8i tahun lalu.

"Sudah lama saya impikan untuk memiliki perniagaan sendiri dan akhirnya hasrat itu sudah tercapai. Nama restoran saya pilih kerana ia mudah diingati dan 'catchy'.

"Harga yang kami tawarkan juga berpatutan untuk semua. Walaupun saya masih baru dalam bidang ini, tetapi dengan tunjuk ajar teman-teman rapat yang berpengalaman, saya pasti perniagaan ini akan berkembang maju," katanya.


Ken a tipu

BARU-BARU ini berita mengenai penipuan syarikat pengurusan menimpa beberapa orang artis seberang termasuklah bintang sinetron Alisa ini mula mendapat perhatian umum berikutan jumlah kerugian yang tinggi.

Tian bagaimanapun sedang mengumpul bukti bersama rakan artis yang terlibat untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

"Kes ini perlu diselesaikan kerana saya tidak mahu ramai lagi teman artis yang akan tertipu. Oleh itu, saya dan rakan-rakan yang lain akan teruskan usaha untuk mencari bukti.

"Perkara seperti ini tidak patut berulang kerana ia benar-benar merugikan golongan artis dan saya berharap, pihak yang bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran buat semua masyarakat," katanya.

Profil:
Nama: Christian Sugiono
Tarikh Lahir: 25 Februari 1981
Umur: 31 tahun
Isteri: Titi Kamal
Asal: Jakarta, Indonesia

Filem :
Dunia Mereka Tipu Kanan Tipu Kiri (100 Lies To Hide A Wife)
Saus Kacang
Rasa Kabayan
Jadi Milyuner

Sinetron:
Ratu
Kasih
Alisa
Amanah Dalam
Cinta
Dia Jantung
Hatiku

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters