Jom Buat Duit

Sunday 17 June 2012

Perancis tampil aksi memukau


PEMAIN-PEMAIN Perancis meraikan kejayaan pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ukraine di Stadium Donbass Arena tengah malam semalam.


DONETSK, Ukraine - Jurulatih Perancis, Laurent Blanc mengakui beliau bimbang sekiranya perlawanan menentang Ukraine tengah malam semalam terpaksa dibatalkan.
Hujan lebat dan ribut petir memaksa perlawanan kedua Kumpulan D kempen kejohanan bola sepak Eropah (Euro) di Stadium Donbass Arena itu ditangguhkan hampir satu jam.
Bagaimanapun, cuaca buruk itu tidak menghalang Perancis untuk mencatat kemenangan 2-0.
Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Blanc di kedudukan teratas dalam Kumpulan D meskipun berkongsi empat mata bersama England.

Selepas seri 1-1 ketika menentang England pada aksi pertama, Isnin lalu, Blanc bimbang sekiranya cuaca buruk itu akan menganggu tumpuan dan corak permainan.
"Saya bimbang sekiranya perlawanan tersebut terpaksa ditunda kerana kami benar-benar mahu bermain.
"Kami lewat selama 30 minit ketika menentang England pada perlawanan pembukaan.
"Selepas cuaca buruk tersebut, saya mula beranggapan bahawa kami tidak akan bermula dengan baik pada pertemuan menentang Ukraine.

"Pada mulanya, kami meragui keadaan permukaan padang yang akan menganggu corak permainan dan strategi tetapi saya bersyukur kerana stadium itu masih berada dalam situasi yang baik dan kami dapat bermain seperti biasa," kata Blanc.
Sementara itu, pemain tengah Perancis, Franck Ribery berkata, Blanc memberikan kata-kata semangat kepada para pemain ketika menunggu perlawanan disambung semula.
"Jurulatih (Blanc) sentiasa berada di sisi kami dan memberikan sokongan kepada pemain-pemain sepanjang perlawanan ditangguhkan.
"Suatu situasi yang amat sukar dan kami menjangkakan perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters