OBSESI Aamir Khan untuk menjadi petani seperti memang tak terbendung
lagi. Buktinya, dia rela membeli 22 buah rumah sekali gus hanya untuk
mewujudkan cita-citanya itu.
Menurut laporan One India, bintang Bollywood tersebut telah membeli
22 buah rumah di kawasan Shahabad, Hardoi. Awalnya, rumah-rumah itu
adalah milik pak ciknya, Nassir Hussain.
"Ini (beli rumah) memang keputusan yang sentimental. Saya memang
jarang menghabiskan waktu walaupun ramai saudara saya tinggal di
Shahabad."
"Jadi, sewaktu mendengar pak cik saya mahu menjual rumah kerana mereka mahu berpindah, saya terus membelinya," ujar Aamir.
Selain membeli rumah tersebut kerana alasan ia mempunyai kaitan
keluarga, aktor tersebut menyifatkan Shahabad sebagai kawasan yang
sesuai dijadikan lokasi pertanian. Kawasan yang luas dan keadaan tanah
yang subur menjadi alasannya.
Ujarnya: "Saya pernah memberitahu dan berjanji bahawa satu masa, saya
akan menjadi seorang petani. Kawasan yang saya beli itu memang sangat
ideal untuk tujuan bertani."
No comments:
Post a Comment