Jom Buat Duit

Tuesday, 21 February 2012

Laura berlagu di DFP



RATU jazz antarabangsa, Laura Fygi yang meraikan ulang tahun ke-22 kerjayanya seni tahun ini akan mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) iaitu hari ini dan esok, pada jam 8.30 malam.

Penyanyi Belanda yang dibesarkan di Uruguay itu memulakan kerja seninya pada 1980-an bersama sekumpulan rakan wanitanya yang menggelarkan diri mereka Centerfold. Ketika itu mereka menyanyikan lagu rock dengan imej seksi. Laura mewarisi darah seni daripada ibunya seorang penari berbangsa Mesir.

Walaupun masih bersama Centerfold, Laura sempat mengem�bangkan kembara seninya di bar jazz, mendengar petikan piano di sana dan sesekali dia turut menyanyi.

“Pengunjung setia kelab itu yang mana pernah mendengar saya menyanyikan lagu jazz menyukai dan memuji persembahan saya sehingga ada yang sanggup menawarkan saya merakamkan lagu jazz.


“Perubahan daripada penyanyi rock seksi kepada wanita sofistikated dengan irama jazz, tidak pernah saya rancang sama sekali. Kalau peminat terkejut dengan perubahan itu, saya sendiri pun macam tak percaya. Selepas itu saya terus meninggalkan Centerfold untuk bergerak solo,” katanya yang ditemui di Hotel Traders Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, sebagai pencinta seni sejati, Laura juga menyukai irama Latin dan chansons. Dengan bakat seni luar biasa yang dianugerahkan kepadanya memberi laluan kepada Laura bekerjasama dengan artis terkenal yang lain termasuk Toots Thielemans, Michel Legrand dan Michael Franks.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, Laura menerima pelbagai anugerah dan albumnya berjaya dijual jutaan unit di seluruh dunia.

“Bagi saya setiap tahun adalah tahun yang penting dan saya rasa sambutan ulang tahun ke-22 ini biasa saja. Setiap hari saya bekerja keras dan saya tak boleh jangka apa akan berlaku pada ulang tahun yang ke-25 dan seterusnya.

“Setiap detik masa yang saya lalu adalah penting dan saya akan terus bekerja keras. Apabila saya menghasilkan album, setiap lagu yang dimuatkan dalam album itu semuanya istimewa dan mempunyai identiti sendiri. Semua lagu yang pernah saya rakamkan adalah lagu kegemaran saya dan amat bererti dalam hidup saya,” katanya.

Untuk konsert di DFP malam ini yang akan berlangsung selama 1 jam 40 minit, Laura memilih lagu Old Devil Moon, Smile, I Will Wait, C’est Si Bon, Fly Me Yo The Moon, Caravan, Too Darn Hot, Fever, Diamonds Are A Girl’s Best Friend, Girl Talk, My Foolish Heart, The Best Is Yet To Come, Heatwave Medley, Corvovado, That Old Black Magic, Cheek To Cheek, Night And Day, I’ve Got A Crush On You, Dimelo, Perfidia, Quizas, As Long As I’m Singing dan Almost Like Being In Love.

Laura yang menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Perancis dan sedikit bahasa Itali, juga boleh menyanyikan lagu Mandarin dengan baik.

“Saya tidak boleh berbahasa Mandarin dan bagi saya bahasa itu antara bahasa yang sukar, tetapi jangan terkejut jika anda mendengar saya menyanyi lagu Mandarin tanpa melihat siapa penyanyinya, anda tentu ingat yang menyanyikan lagu itu adalah orang Cina.

“Walaupun saya tidak mampu menguasai bahasa itu, tetapi saya berusaha menyanyikannya dengan loghat, lenggok dan nahunya yang betul. Kalau nak buat, buat bersungguh-sungguh, kalau tidak jangan buat langsung. Itu prinsip saya.

“Bagaimanapun, untuk menghayati lagunya saya kena faham maksud liriknya. Oleh itu saya ambil pembantu yang faham bahasa Mandarin untuk mengajar saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters