Jom Buat Duit

Monday, 12 December 2011

10,000 Saksi Yuna Online



LUPAKAN seketika populariti, fesyen dan keunikan vokal sambil jari lentiknya bermain gitar kerana artis ini terus muncul antara ‘trendsetter’ artis generasi baru.
Selepas dilantik selaku duta kamera terkemuka, Yuna kini berkolaborasi bersama syarikat korporat menjayakan konsert secara alam maya (virtual) di laman web syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad.

Pendekatan ini meletakkan Yuna artis pertama Malaysia terpilih menjayakan konsert ‘online’ terbabit yang akan disaksikan seramai 10,000 pelanggan bertuah syarikat telekomunikasi itu.

Bagi menyaksikan konsert gitaris bertudung ini, apa perlu dilakukan pelanggan adalah mendaftarkan diri mereka dalam lama sosial popular seperti facebook (Fb) dan twitter.
Pelanggan menggunakan nombor syarikat itu berpeluang secara automatik menyaksikan konsert ini pada 14 Disember, bermula jam 8 malam menerusi Hotlink’s People Powered Concert. Yuna atau Yunalis Zarai, 25, berkata, peluang diberikan bertemu peminat menerusi konsert alam maya adalah sesuatu yang baru dan lain daripada biasa.

“Sudah tentu seseorang akan berkata, Wow! Memang merasakan diri saya bertuah dipilih Maxis mengadakan konsert maya ini. Cara ini memang unik dan tidak pernah dibuat sebelum ini.

“Apa yang pasti, persediaan tetap sama dari segi penampilan, pakaian dan instrumen seperti persiapan menjayakan konsert dalam masa terdekat.

“Senarai lagu masih belum ditentukan dan peminat yang menyaksikannya akan mendengar single baru tidak pernah didengar kepada umum,” katanya pada Pelancaran Konsert Alam Maya Yuna bersama Maxis di Jaya One, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya dan bakal berentap pada Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) bulan depan menerusi dua lagunya, Penakut dan Gadis Semasa, memiliki aura nyanyian gaya tersendiri.

Yuna yang juga mencetuskan dunia fesyen artis bertudung dengan mengenakan fesyen rekaan Hana Tajima, tidak takut mencuba memperkenalkan lagu eksperimen seperti lagu Penakut.

Dia bukan saja diminati peminat di bandar, malah turut menarik perhatian penyanyi utama Alleycats, Datuk David Arumugam yang menyifatkan Yuna berbakat besar sebagai pe�nyanyi, bermain instrumen, mencipta lagu dan menulis lirik.

Kata Yuna yang mula mendapat perhatian selepas memuat naik lagunya di MySpace, konsert alam maya ini sama seperti menyanyi dalam YouTube kerana tiada interaksi atau melihat wajah dan reaksi peminat.

“Perasaan gemuruh memang tidak ada. Lagipun peminat boleh menonton realiti sebalik tabir konsert itu. Paling penting, apa saja dibuat sekarang membawa satu pembaharuan terhadap karier dan berbangga dapat berkongsi bersama peminat sedia ada dan yang baru,” katanya.
Kata Yuna, jangkaan peminat sentiasa tinggi dalam menghasilkan lagu baru disukai dan me�ngikut arus perubahan semasa.

“Lebih banyak cabaran dilalui lebih baik kerana dapat mematangkan diri. Bagi seseorang artis mereka memerlukan cabaran baru untuk membantu mereka tahu, mereka perlu ada karakter dan kemahuan untuk maju.

“Saya tidak melupakan sokongan peminat menyokong saya ke tahap ini. Perjalanan saya lalui selama ini bukan mudah dan saya tidak pernah lupa, bahkan saya tetap akan jadi diri saya, tidak kira keadaan kerana Yuna tetap akan jadi Yuna. Rezeki adalah pemberian Tuhan, jadi saya hargai setiap dianugerahkan,” katanya.

Mengenai album barunya, Yuna memberitahu, ia bakal dilancarkan pada Mac tahun depan. Pasaran Amerika Syarikat sasaran selepas ini malah album ini ada dua versi, dalam bahasa Inggeris untuk luar negara dan bahasa Malaysia untuk pasaran di sini.

“Perancangan masa adalah fokus terhadap kerjaya, lebih profesional dan mampu melebarkan saya ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, pelang�gan Maxis dan peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web di www.facebook.com/hotlink atau layari www.nowyoucan.my/yuna.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters