Jom Buat Duit

Sunday, 5 February 2012

Kareena Kapoor Benci Aishwarya Rai



BINTANG yang menjadi tumpuan melalui Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kareena Kapoor, tanpa berselindung mengatakan tidak suka Aishwarya Rai.
Kareena yang juga cucu Raj Kapoor, mengatakan dia masih tidak dapat melupakan kisah lalu ketika Abishek Bachchan mengecewakan kakaknya, Karisma Kapoor dan berkahwin dengan Aishwarya.

Lebih mengecewakan apabila ibu bapa Abishek, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan mengeluarkan kenyataan bahawa Karisma tidak memenuhi syarat menjadi menantu mereka dan kurang sesuai menjadi isteri Abishek. Tapi Kareena kagum dengan kakaknya kerana bangkit daripada kekecewaan ditinggalkan Abishek.
Tapi rasa bencinya pada Aishwarya tidak mampu disembunyikannya apabila ditawarkan berlakon dengan Johnny Depp dalam Pride And Prejudice. Dia menolak tawaran itu atas alasan jadual penggambaran bertentang dengan projek terbarunya tetapi sebab utama adalah kerana Aishwarya juga berlakon dalam filem itu.

Lebih mengejutkan Kareena kerana diberikan watak sebagai adik Aishwarya dan dia bersumpah tidak akan bergandingan dalam filem dengan Aishwarya.

Apabila Kareena ditawarkan lagi berlakon dalam filem lain arahan Gurinder, tanpa berfikir panjang dia terus menolak dan berkata, dia hanya akan menerima tawaran berlakon untuk filem Hollywood yang berskala besar.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters