Jom Buat Duit

Thursday, 15 December 2011

Ketua Hakim Filipina Tuduh Benigno Diktator



MANILA: Ketua Hakim Mahkamah Agung Filipina, semalam menuduh Presiden Benigno Aquino merancang kepemimpinan diktator dan berikrar akan mempertahankan jawatannya selepas Parlimen mendakwanya.

Renato Corona menafikan tuduhan terhadapnya kerana melindungi bekas Presiden Gloria Arroyo secara tidak sah dan meminta sokongan awam bagi menolak apa yang dikatakan sebagai serangan terhadap kebebasan badan kehakiman.

“Apa yang mereka cuba tanamkan adalah kepemimpinan diktator...Saya akan membantah ancaman kepemimpinan diktator Presiden Benigno Simeon Aquino III,” kata Corona dalam ucapan kepada 500 kakitangan berbaju hitam di luar Mahkamah Agung.
Sekutu Benigno di Parlimen menuduh Corona Isnin lalu atas dakwaan bahawa 15 anggota mahkamah di bawahnya membuat satu siri undang-undang yang menghalang pendakwaan terhadap Gloria yang ditahan bulan lalu kerana menipu undi pada pilihan raya 2007. - AFP

 Emmm.... Patut la.....

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters