Jom Buat Duit

Tuesday, 3 January 2012

Victoria Principal Tetap Anggun





DIA menjadi gadis pujaan peminat selepas memperoleh watak sebagai Pamela Ewing yang jelita dan berjaya menghidupkan semula siri drama Dallas pada 1978. Dan 33 tahun kemudian, Victoria Principal masih mempunyai daya tarikan.
Aktres berusia 61 tahun itu mempamerkan tubuhnya yang ramping ketika membeli-belah bersama seorang rakan di Malibu pada awal minggu ini. 
Dengan memakai jeans dan blaus hitam serta dipadankan dengan but kulit, Victoria yang bergaya pasti disalah ertikan sebagai wanita yang lebih muda berbanding usianya.

Aktres itu yang berlakon dalam siri Dallas selama sembilan tahun pada tahun 70-an dan 80-an, dijangka tidak menyertai pelakon Larry Hagman, 80, Patrick Duffy, 62, dan Linda Gray, 71, dalam pembikinan semula siri itu di TNT yang akan ditayangkan pada musim panas depan.

Bagaimanapun, pastinya dia pilihan sesuai untuk kembali menyertai rakan pelakon Dal�las dan berlakon di samping Jesse Metcalfe, 33, yang membawakan watak anak lelakinya, Christopher.

Victoria yang berkahwin dengan pakar bedah plastik Harry Glassman dari 1985 hingga 2006 berkata, dia tidak menggemari pembedahan yang keterlaluan.

Merujuk kepada pembedahan plastik, Victoria yang menulis buku mengenai diet dan senaman serta memasarkan produk penjagaan kulit dan mekap jenamanya sendiri berkata: “Cukup sedih apabila saya lihat wanita melakukan pelbagai perkara dalam usaha untuk kelihatan lebih muda, malah, mereka kelihatan lebih teruk daripada wajah asal mereka.

“Saya suka dengan apa yang ada dan walaupun terdapat pelbagai perubahan masa kini, tetapi ia sesuai dengan saya.”

Victoria dalam misi mendapatkan bentuk tubuh terbaik dalam kehidupannya, jadi, dia perlu kelihatan cantik ketika menyertai misi angkasa Virgin Galactic oleh Sir Richard Branson.

Dia sudah membayar 100,000 pound (RM500,000) untuk menjadi antara seorang daripada kumpulan pelancong dunia pertama yang terbang ke angkasa.

Jadi dia perlu menjalani rutin berat iaitu selepas tempoh tidur minimum selama 10 jam, harinya bermula dengan senaman berjalan kaki selama dua jam di pantai di hadapan kediamannya di Malibu, disusuli oleh yoga dan latihan membakar lemak.

Kemudian dia akan menikmati sarapan pagi iaitu jus beri goji Tibet dan teh hijau serta makanan tambahan pemulihan homeopati, vitamin, hormon dan anti-oksiden, sebelum diakhiri dengan sesi melumur krim badan anti-penuaan jenamanya dari kepala ke kaki oleh sekumpulan pakar kecantikan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters