Jom Buat Duit

Tuesday, 3 January 2012

Salleh Majid meninggal




KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Abdul Majid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang, di sini, petang semalam.
Mohd Salleh, 62, meninggal dunia jam 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat barah usus dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah beliau disemadikan jam 5.30 petang sejurus selesai solat jenazah yang menyusuli solat Asar di masjid itu. Antara yang menziarah jenazah Allahyarham di rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Kelang ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters