Jom Buat Duit

Monday 18 June 2012

2 beradik ditemui mati

BANGKOK: Seorang pekerja menemui dua beradik warga Kanada mati dalam bilik hotel mereka di pulau peranginan popular di selatan negara ini, kata polis semalam.
Dua pelancong itu dipercayai tidak dibunuh dan barang mereka juga tidak dicuri.

Polis masih menyiasat punca kematian Noemi Belanger, 25, dan adiknya, Audrey, 20, di mana mayat mereka ditemui Jumaat lalu di Hotel Phi Phi Palm di Pulau Phi Phi, kata pegawai polis, Leftenan Kolonel Jongrak Pimthong. “Polis mendapati mereka sudah mati 24 jam yang lalu dan menemui banyak kesan muntah dalam bilik hotel mereka,” katanya. Kesan muntah dan darah di wajah mangsa mungkin adalah tanda tindak balas toksik. Pimthong berkata, bedah siasat yang dijalankan akan memberi maklumat lanjut mengenai punca kematian mereka. Menurutnya, tiada tanda menunjukkan mangsa dibunuh berikutan pintu dikunci dari dalam dan barangan dua wanita itu masih ada.
Dia berkata, pegawai penyiasat dari Krabi dalam perjalanan ke Phi Phi untuk menyiasat lokasi kejadian bagi mengumpulkan bukti. Sementara itu, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada, John Babcock mengesahkan dua rakyatnya mati di Thailand, tetapi tidak memberi ulasan lanjut mengenainya.

Menurutnya, pegawai konsulat Kanada di Bangkok akan memberi maklumat kepada keluarga mangsa dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan negara itu. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters