MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda
sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah
mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam
semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.
Denda itu lebih rendah daripada harga sekotak rokok miliknya.
Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara
membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya.
Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders
Dia menghisap rokok pada 8 April lalu semasa satu perlawanan antara kelabnya dengan Rajasthan Royals di Stadium Sawi Man Singh.
Pengendali Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh mengemukakan aduan
mahkamah terhadap Shah Rukh pada 9 April lalu berdasarkan gambar yang
disiarkan beberapa akhbar.
Gambar itu menunjukkan Shah Rukh menghisap rokok semasa perlawanan berlangsung.
Anand memohon tindakan dilakukan terhadap bintang filem itu di bawah
Akta Larangan Merokok Rajasthan tahun 2000 yang melarang rokok dihisap
di tempat awam. - Agensi
No comments:
Post a Comment