OTTAWA, Illinois - Menjunam pada kelajuan mencecah 355 kilometer
sejam, hampir 140 penerjun udara memecahkan rekod dunia apabila mereka
terbang membentuk formasi emping salji di negeri Illinois, Amerika
Syarikat.
Tiga hakim mewakili agensi sukan udara Persekutuan Aeronautik
Antarabangsa mengesahkan bahawa seramai 138 penerjun udara menghasilkan
formasi tersebut petang kelmarin di sini, sekitar 130 kilometer ke barat
daya bandar raya Chicago.
Pasukan itu melakukan 15 percubaan selama tiga hari sebelum dapat
memecahkan rekod sebelum ini yang dicatat oleh 108 penerjun udara pada
2009.
"Saya berasa hebat," kata Rook Nelson yang merupakan penganjur dan
pemilik pasukan penerjun udara Skydive Chicago yang membuat terjunan
itu.
Pasukan berkenaan melakukan terjunan tersebut dari sebuah pesawat pada ketinggian 5,640 meter di udara. - AP
No comments:
Post a Comment