Jom Buat Duit

Thursday, 12 January 2012

Robin Gibb pilih perubatan alternatif rawat kanser



LONDON: Bintang kumpulan Bee Gees, Robin Gibb, membawa masuk sekumpulan pakar perubatan alternatif dari Switzerland untuk merawat kanser hati dialaminya, lapor media semalam.
Gibb, 62, sebelum ini menjalani tujuh pusingan rawatan kemoterapi dalam usahanya mengatasi penyakit berkenaan.

Setakat ini doktor dilaporkan gembira dengan tidak balas ditunjukkan Gibb terhadap rawatan berkenaan.
Media melaporkan, kini Gibb diawasi pakar pemakanan naturopatik itu 24 jam sehari di rumahnya di Thame, Oxfordshire, bagi membantunya pulih lebih cepat.

Sumber berkata, Gibb menunjukkan semangat tinggi melawan sakitnya.

“Dia mencuba apa saja yang termampu bagi mengatasi kanser ini,” katanya.
Difahamkan, idea memanggil pakar perubatan alternatif itu dibuat isteri Gibb, Dwina. Pendekatan secara naturopatik itu cuba mengurangkan penggunaan ubat-ubatan serta pembedahan, sebaliknya bergantung kepada kemampuan semula jadi tubuh menyembuhkan diri melalui pemilihan makanan yang baik.

Selain rawatan konvensional, Dwina juga menggalakkan Gibb menjalani sesi pembuangan toksik melalui peluh selama 20 minit sehari.
Gibb didapati mengalami kanser pada April tahun lalu dan berita mengenainya didedahkan tujuh bulan kemudian.

Ketika itu, Gibb memberitahu peminatnya, dia uzur tetapi kini dalam proses penyembuhan.

“Doa dan ingatan anda menjadi penguat semangat saya.

“Saya yakin, disebabkan anda, saya akan pulih,” katanya. - TS

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters