Jom Buat Duit

Saturday, 21 January 2012

Penganjur perlu hormati Islam

SHAH ALAM: “Pihak penganjur sepatutnya menghormati syariat Islam yang mewajibkan umatnya menutup aurat dalam apa jua aktiviti riadah.
“Mereka (penganjur) harus faham yang Islam melarang aktiviti riadah yang mempertontonkan aurat kepada umum dan ia tindakan yang betul apabila kanak-kanak itu menutup aurat sewaktu menyertai pertandingan renang,” kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Beliau berkata, peserta pertandingan renang itu juga bercampur antara lelaki dan perempuan selain apa-apa jua unsur pendedahan aurat adalah haram sama sekali.

“Dalam Islam sendiri menegah umatnya menyertai apa jua kejohanan jika memerlukan mereka membuka aurat kerana perkara itu haram dan berdosa," katanya sewaktu dihubungi semalam.

Beliau berkata, jika terdapat unsur pendedahan aurat dikhuatiri akan mendorong kepada perkara maksiat melibatkan pihak yang menonton dan peserta kejohanan renang itu

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters